CARA MUSNAHKAN SARANG TEBUAN
CARA MUSNAHKAN SARANG TEBUAN
Tebuan adalah sejenis serangga yang memang tidak asing lagi dalam kehidupan kita, tambahan pula kalau kita tinggal di kampung yang banyak hutan. Tebuan memang sangat terkenal dengan sengatannya yang amat menyakitkan seperti tebuan tanah. Bahkan ada sesetengah kejadian, sengatan tebuan boleh membawa maut.
Pada kali ini saya suka untuk berkongsi kaedah dan langkah keselamatan yang boleh diambil bagi memusnahkan sarang tebuan dan menghalaunya.
Cara-caranya:
Cara 1: Hasilkan asap bakar sampah
Bakar sampah petang-petang di sekeliling rumah bagus untuk elak tebuan bersarang. Asap bakar sampah yang terhasil daripada pembakaran sampah dan daun-daun kering menyebabkan tebuan tidak buat sarang berhampiran rumah kita. Kalau sarang tebuah sudah sedia ada di situ dan kita selalu buat asap bakar sampah, lama-kelamaan tebuan akan berpindah.
Cara 2: Lastik atau lontar kerang masuk ke dalam sarang tebuan.
Apabila kita melastik atau melontar masuk beberapa kerang kedalam sarang tebuan, kerang tersebut akan mati dan membusuk di dalam sarang tebuan. Tebuan tidak suka sarang dia busuk maka koloni tebuan akan berpindah ke tempat lain.
Cara 3: Bakar sarang tebuan
Cara bakar sarang adalah salah satu cara yang sering digunakan untuk memusnahkan sarang tebuan. Kerja membakar ini kebiasaannya dilakukan pada waktu malam kerana semua koloni tebuan akan berada di dalam sarang dan tebuan tidak boleh serang dalam gelap.
Cara 4: Siram sarang tebuan dengan minyak petrol
Teknik ini dilakukan pada waktu malam dimana semua tebuan sudah masuk tidur. Caranya adalah dengan menutup semua pintu masuk sarang tebuan dan mula siram/sembur minyak petrol hingga membasahi keseluruhan sarang. Setelah beberapa minit semua tebuan akan mati dalam sarangnya.
Cara 5: Cekup Sarang Dengan Petrol/Diesel
Teknik ini dilakukan pada sarang tebuan yang berada di tempat yang rata seperti syiling.
Amaran: Lakukan cara diatas dengan berhati-hati dan mengambil kira keselamatan diri, orang lain yang tinggal berdekatan dan pengguna jalan raya berhampiran tempat pemusnahan dilakukan.
Senang cerita, kalau nak lebih selamat, call saja pihak BOMBA atau APM untuk memusnahkan sarang tebuan tersebut. Tak payah pening-pening kepala.
Ulasan
Catat Ulasan