20 Cara Lembutkan Daging Dan Isi Lekang Dari Tulang
20 Cara Lembutkan Daging Dan Isi Lekang Dari Tulang
Daging kalau masak tak kena gaya memang lambat lah nak
empuk. Akhirnya perut lapar, masa terbuang, dan membazirkan gas memasak begitu
sahaja. Tetapi ada banyak cara dan petua yang boleh diamalkan bagi melembutkan
daging dan isi lekang dari tulang dalam jangka waktu yang singkat. InsyaAllah
tak terpelanting tulang tu kalau kokak. Antara cara dan petuanya adalah seperti
berikut..
1- Potong daging dengan cara yang betul
Caranya: -Potong daging secara melintang urat/lawan
urat.
-Potong daging nipis-nipis.
-Ketuk daging sampai jadi lembut/lumat pakai tukul besi
masak. Baru masuk dalam periuk. (cara Barat dan Arab)
Caranya: Rebus daging dengan air yang sikit dengan
api yang kecil.
Caranya: Jangan masukkan garam dalam rebusan. Kalau nak letak, masukkan last skali kalau tak keras kung la jawabnya.
Kajian menunjukkan buah nanas antara bahan yang dapat melembutkan daging.
Ini kerana, kandungan enzim bromelin di dalam buah nanas dapat mencernakan struktur protein pada daging sekaligus menjadikan daging lebih lembut dan cepat empuk.
Pastikan empulur nanas digunakan sepenuhnya kerana kandungan bromelin adalah tinggi di bahagian tersebut.
Selain itu, tempoh pemerapan adalah tidak melebihi 45 minit bagi mengelakan daging menjadi terlalu lembut.
Caranya: Kupas nanas segar dan potong dengan empulur. Kisar isi dan empulur dengan pengisar. Lumur dan perapkan daging dengan nanas yang telah dikisar selama 30-45 minit. Basuh daging sebelum masak.
(Sumber: Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia)
5- Buah betik muda
Caranya: Masukkan potongan buah betik muda yang hampir masak dalam masakan daging.
6- Buah kurma
Caranya: Masukkan buah kurma dalam masakan daging. Berapa biji nak masukkan terpulang tapi jangan terlalu banyak takut hancur daging. Sekilo daging 2 biji kurma. xsampai 30minit pn dh lembut n manis dagingnya. Masak sampai kurma hancur. Insya Allah lembut and empuk daging tu.
7- Gula batu
Caranya: Masukkan beberapa ketul gula batu dalam
masakan daging.
8- Cuka makan
Caranya: Rendam daging mentah dengan cuka yang
dicampur air kemudian biarkan selama 10 minit lalu cuci hingga bersih baru
rebus. Daging jadi lembut dan bau pun tak hanyir.
9- Madu
Caranya: Perap daging dengan madu.
10- Biji selasih
Caranya: Bungkus biji selasih macam sup bunjut
kemudian masukkan dalam rebusan atau masakan daging sekali tulang/daging.
11- Air kelapa
Caranya: Rebus daging dengan air kelapa atau boleh
juga masukkan skali dengan isinya.
12- Halia
Caranya: Masukkan halia yang telah diketuk. Lebih
kurang 2 inci pun dah cukup untuk seperiuk rebusan. Jangan masukkan garam dan perisa
lagi dah masak baru masuk dua-dua tu.
13- Daun betik
Caranya: Masukkan daun betik dalam rebusan atau
masakan daging. Ramas-ramas daging dengan daun betik.
14- Daun nangka
Caranya: Masukkan beberapa helai daun nangka dalam
rebusan atau masakan daging. Boleh juga guna petua ni nak masak ayam hutan dan
ayam kampung. Dah empuk angkat.
15- Akar pandan
Caranya: Masukkan akar pandan dalam rebusan daging. Lepas
empuk boleh la nak masak masakan apa pun.
16- Sudu atau garpu stainless steel
Caranya: Masukkan sudu atau garpu dalam periuk
rebusan dan tunggu hingga daging empuk. Secara saintifik, sudu adalah logam
pengalir haba dengan baik dan tujuan sudu dimasukkan adalah untuk meningkatkan
haba dalam periuk sekaligus mempercepatkan proses melembutkan daging.
17- Periuk Pressure Cooker
Caranya: Rebus macam biasa.
18- Meat tendelizer (pelembut khas)
Caranya: Tengok pada paketnya. Ada dijual di pasaraya
dalam bentuk serbuk dan cecair.
19- Soda bikarbonat
Caranya: Masukkan sedikit soda bikarbonat dalam
rebusan daging dan setelah direbus buang air rebusan tersebut. Lepastu masaklah
apa pun.
20- Coca cola
Caranya: Rendam daging yang hendak dimasak dalam air Coke selama sejam hingga keluar buih kemudian bilas daging yang telah direndam tadi dengan air paip untuk menghilangkan bau Coke. Kemudian masak seperti biasa.
Caranya: Rendam daging yang hendak dimasak dalam air Coke selama sejam hingga keluar buih kemudian bilas daging yang telah direndam tadi dengan air paip untuk menghilangkan bau Coke. Kemudian masak seperti biasa.
Selamat mencuba para pembaca sekalian. Sebenarnya ada banyak lagi petua, termasuk lah petua yang pelik-pelik. Saya tidak sertakan disini kerana khuatir berlaku keracunan makanan dan sebagainya.
Mana yang paling berkesan daripada beberapa syor di atas.
BalasPadamPressure cooker noxxa.. Senang, cepat.. Tp mahal ckit π
PadamSoda bikabonat.. tp jgn byk nt pahit.. π π π
PadamRendam daging dalam pelembut kain selama satu malam..
BalasPadamπ€£π€£π€£π€£π€£π€£π€£
#gurauguraujerrrr
#janganbuattauuuu
π€£π€£π€£πππ
PadamGuna camca dan garpu.
BalasPadamNak lembut order je dari kedai siam yang siap masak... Senag dan mudah
BalasPadam