PANDUAN MENYEMAK ARAH KIBLAT TANPA APLIKASI MODEN


Panduan Menyemak Arah Kiblat

 
Istiwa’ A’zam panduan menyemak arah kiblat 1

 
Peristiwa Istiwa’ A’zam (matahari tegak di atas Kaabah) membolehkan orang ramai membuat semakan arah kiblat di kediaman atau premis masing-masing. Peristiwa Istiwa’ A’zam ini merupakan fenomena dimana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah (titik zenith Kaabah). 

Rakyat Malaysia akan menghadapi fenomena ini sebanyak dua kali setahun iaitu pada 28 Mei (5.16 petang) dan 16 Julai (5.28 petang) namun pada tahun lompat, fenomena ini berlaku pada 27 Mei (5.16 petang) 15 Julai (5.28 petang). 

Fenomena ini terjadi apabila nilai altitud matahari berada berada tepat dengan kedudukan latitud kedudukan Kaabah. Oleh itu tepat pada waktunya, setiap objek tegak bersudut 90 darjah akan menunjukkan ke arah Kaabah. Ini merupakan salah satu kaedah tradisional falak dalam melakukan semakan arah kiblat.
 
Istiwa’ A’zam panduan menyemak arah kiblat 2


Panduan:

1- Pastikan waktu mengikut waktu piawai yang tepat
2- Dirikan objek lurus bersudut 90 darjah di permukaan yang rata.
3- Arah kiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.

Sumber: Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Ulasan

Catatan Popular