Cara Tanam / Semai Jambul Nenas

 

CARA TANAM / SEMAI JAMBUL NENAS

Jambul Nenas

 

Hantaran kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca sekalian cara menanam/menyemai jambul nenas sama ada sebagai hobi atau berbudi pada tanah. Ok, mula-mula sekali:

1- Buang pelepah di bahagian bawah jambul bagi memudahkan akar keluar.

Sebelum dibuang pelepah/daun yang dibawah tu.

 
Lepas dibuang mana yang patut, dapat hasil macam ini.

2- Sapukan sedikit penggalak akar.


 

3- Masukkan jambul tadi kedalam air bekas berisi air hingga akar keluar. (nak tanam terus atas tanah pun boleh no problem)

 

4- Setelah akar sudah tumbuh panjang barulah kita pindahkan ke tanah.

Mudah saja nak buat, tetapi perlu diingat juga tanam jambul nenas ni ambil masa yang agak lama untuk berbuah lebih kurang setahun setengah berbanding dengan tanam menggunakan sulur (anak pokok yang tumbuh dari pokok induk.

Ulasan

Catatan Popular