CARA GOSOK BAJU TANPA STERIKA ELEKTRIK/WAP
CARA GOSOK BAJU TANPA STERIKA ELEKTRIK/WAP
Bismillah.
Boleh dikatakan hampir semua rumah mempunyai seterika, samada seterika elektrik biasa atau seterika wap. Semua orang kini suka ingin tampak segak dan kemas, baju digosok untuk menghadiri solat Jumaat, pergi kerja atau program rasmi kerajaan dan sektor swasta.
.
Tetapi kadang-kadang berlaku blackout tak dijangka di rumah dan kita tidak sempat gosok baju, apa yang perlu dilakukan.
.
Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan 2 teknik ini:
1) Jerang air hingga mendidih. Kemudian masukkan air panas dalam bekas besi dan mula gosok pakaian hingga hilang kesan kedutan.
2) Bakar arang. Kemudian masukkan arang yang dibakar dalam bekas besi dan mula gosok pakaian hingga hilang kesan kedutan. Walaupun proses membakar arang mengambil masa, namun ia tetap membantu kita untuk nampak segak bergaya.
Semoga panduan ini dapat membantu sahabat-sahabat sekalian untuk berpenampilan kemas dan segak di khalayak umum.
Ulasan
Catat Ulasan