CARA MUDAH ELAK JELAGA ASAP MELEKAT PADA PERIUK/KUALI

CARA MUDAH ELAK JELAGA ASAP MELEKAT PADA PERIUK/KUALI


Bismillah.
Walaupun sekarang zaman memasak menggunakan dapur gas, adakalanya kita memasak atas dapur kayu api. Masalah yang sering dihadapi apabila menggunakan dapur kayu api ini adalah periuk jadi hitam berjelaga dan susah untuk dikilatkan kembali.

Jadi pada kali ini saya ingin kongsikan cara yang digunakan untuk mengelakkan jelaga asap melekat pada bahagian luar periuk dan memudahkan kerja mencuci selepas selesai memasak.

CARA 1: SAPU MINYAK

Sapu minyak masak disekeliling periuk termasuk di bahagian bawahnya kemudian tampalkan surat khabar di sekeliling periuk yang telah disapu minyak tadi. Apabila nak cuci, tarik sahaja kertas surat khabar tadi dan gosok sikit.

CARA 2: SAPU SABUN

Buat bancuhan pekat sabun serbuk (kalau guna sabun colek tak perlu bancuh) kemudian sapu bahagian luar periuk termasuk bahagian bawah.

Ulasan

Catatan Popular