Cara Mudah Halau Semut Dari Gula Dan Beras
Cara Halau Semut Dari Gula Dan Beras
Semut. Sejenis serangga yang sangat banyak di atas muka bumi ini. Semut ada banyak kebaikan, jika ada semut maka anai-anai pemakan rumah kayu akan kurang. Namun semut juga merimaskan manusia kerana semut masuk dalam bekas gula dan mati didalamnya, nak bacuh air pun perlukan masa nak kena buang satu-satu.
Jadi bagi mengelakkan perkara sebegini
1) Bunga cengkih
Caranya: Letak 2-3 kuntum bunga cengkih dalam bekas gula dan beras.
2) Kulit kayu manis
Caranya: Letak 2-3 keping kulit kayu manis dalam bekas gula dan beras.
3) Bunga lawang
Caranya: Letak 2-3 bunga dalam bekas gula dan beras.
4) Cabai kering
Caranya: Letak 3-4 tangkai cili kering dan jangan digunting cili tu takut nanti gula dan beras rasa pedas.
5)Daun limau purut
Caranya: Letak 2-3 helai daun limau purut dalam bekas gula dan beras.
6) Jemur dibawah terik matahari
Caranya: Jemur macam jemur ikan kering, satgi semut larilah.
Nak tahu berkesan atau tidak kena cuba dulu. Saya sendiri pun belum mencuba, tak sempat semut nak masuk bekas gula...gula dah habis. Hehehe. Askar di rumah ramai.
Selamat mencuba. Kalau tak menjadi, boleh bagi feedback atau komen dibawah ni.
dah tengok cara tangani semut, tapi ada lagi ke tip untuk halau dari kereta dgn lebih efektif
BalasPadam