Survival Tayar Motor Pancit

Apa Nak Buat Kalau Tayar Motor Pancit

Bismillah

Seorang penunggang motorsikal perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku terutamanya bagi yang akan melakukan perjalanan jauh dan diwaktu malam. Semua peralatan mesti dah sedia. Tapi sebagai manusia kadang kita lupa dan alpa, kadang benda nak jadi memang kita tak dapat jangka. Sebab tu lah ilmu ikhtiar hidup sangat penting untuk diketahui terutamanya ketika menghadapi situasi-situasi kecemasan dan untuk membantu orang lain. 

       Bab tayar moto pancit ni memang takdak sapa pun penunggang roda dua boleh lari. Jika ditakdir tayar motor kita pancit tengah highway atau jauh dari kedai repair motor apa kita nak buat. Yang ni yang aku nak cerita di sini. Tak payah pun, ikut langkah ni:

 
Langkah 1: Berhenti di tepi jalan dan pastikan diri sendiri, penumpang dan kenderaan  dalam keadaan selamat (takut kenderaan lain langgar dari belakang dan perkara ini selalu berlaku terutamanya waktu malam)

Langkah 2: Di tepi  jalan pasti ada banyak rumput, plastik, dan pakaian lama. Kutip rumput dan plastik tadi sumbat kedalam tayar.  

Langkah 3: Sumbat rumput atau plastik tadi sehingga tayar menjadi keras dan padat.

Langkah 4: Ikat sedikit tayar tadi dengan tali atau plastik supaya tayar tak gelong.

Dan bawa motorsikal anda seperti biasa hingga ke bangkel berdekatan. Cara ini sesuai digunakan untuk yang menggunakan apa-apa jenis tayar pun. Insya-Allah tak rosak rim motorsikal.

Selamat mencuba.  

Ulasan

Catatan Popular