Pasir Ganti Minyak Untuk Menggoreng

Pasir Ganti Minyak Untuk Mengoreng

Bismillah.
Guna pasir untuk menggoreng keropok ikan. Bunyi memang agak pelik bagi sebahagian orang tetapi itulah hakikatnya, pasir boleh digunakan untuk mengoreng. Kebiasaan orang mengoreng dalam pasir ni bahan makanan seperti keropok kering, keropok ikan dan biji gajus.
Rasa keropok yg digoreng dalam pasir juga mempunyai rasa yg berbeza dengan keropok yang digoreng dalam minyak, bahkan lebih sedap. Jadi bagi sesiapa yang ingin mengurangkan pengambilan kolestrol yang berlebihan dalam makanan boleh la menggunakan cara ini. Untuk pengetahuan, cara ini telah menjadi kebiasaan orang pantai timur kita ketika melakukan pesta tepi pantai  dan orang Indonesia ketika zaman kegawatan ekonomi 1998. Bila disebut digoreng dalam pasir, Sebahagian orang mesti tak lalu nak makan sebab terbayang pasir tepi rumah yang menjadi tandas kucing jiran. Hahaha. Jangan fikir bukan-bukan. Proses penyediaan pasir untuk tujuan menggoreng ini pun dijaga kualitinya. Sebab apa? Sebab nak bagi manusia makan bukan binatang. Caranya adalah sebagaimana yang akan terangkan dibawah.

Langkah penyediaan pasir untuk menggoreng:

Langkah 1- Pilih pasir laut yang bersaiz tertentu untuk mengelakkan makanan yang akan digoreng berhabuk.

Langkah 2- Basuh pasir yang dipilih hingga air basuhan menjadi jernih.

Langkah 3- Jemur pasir hingga kering.

Siap untuk digunakan. Simpan dalam bekas yang bersih supaya boleh digunakan lagi lain kali.

Cara menggunakannya:

1- Masukkan pasir dalam kuali.

2- Panaskan pasir hingga betul-betul panas. Bila sudah panas boleh nampak pasir berasap-asap.

3- Masukkan keropok dalam pasir yang dah panas tadi. Tenggelamkannya dalam pasir. Dan anda akan melihat keropok tadi akan mengembang sebagaimana digoreng dalam minyak dan tidak hangit.

Selamat mencuba.

Ulasan

Catatan Popular