Cara Cepat Tajamkan Pisau Dapur Tanpa Batu Pengasah

Cara Cepat Tajamkan Pisau Dapur

batu pengasah tajamkan pisau
Batu pengasah pisau.

Yang dikatakan pisau ni, setajam mana pun kalau selalu digunakan tentu akan tumpul. Oleh sebab itu batu pengasah amat penting untuk disediakan dalam ruangan dapur kita. 

Tapi adakalanya batu pengasah itu hilang, kita terlupa tempat letaknya atau ada orang dalam rumah yang pandai guna tak reti nak simpan baliklah yang menyebabkan aktiviti didapur menjadi agak terbantut.

Tambah pula bagi sebahagian kaum ibu yang berkerjaya balik ke rumah dalam keadaan keletihan terus memasak untuk santapan suami dan anak-anak tentu saja perkara ini menjadi satu cabaran. Namun situasi ini tentu saja boleh diatasi oleh mereka yang betul-betul berpengalaman dan tahu apa yang nak dibuat untuk menajamkan pisau dapur mereka walau tanpa batu pengasah. 

Tapi bagi mereka yang tak tahu dan masih baru nak belajar saya akan kongsikan sedikit panduan ringkas tentang cara cepat tajamkan pisau dapur anda.


Caranya adalah seperti berikut:

Cara 1- Asah pisau pada batu lesung sehingga tajam.


Cara 2- Asah pisau di cermin tingkap yang juga dipanggil orang kampung sebagai cermin nako. Lepas diasah tu basuhlah pisau takut terlekat sekali serbuk kaca.


Cara 3- Asah pisau di bucu dinding atau bucu lantai simen.



Cara 4- Asah pisau pada pasu bunga yang diperbuat daripada tembikar atau menggunakan serpihan tembikar. Memang tajam giler.


 
Cara 5- Jika berkelah di sungai boleh juga menggunakan batu-batu sungai untuk mengasah pisau.


Bagi sesetengah individu cara-cara dan bahan-bahan yang digunakan untuk mengasah diatas memang mudah dilakukan dan mudah didapati di sekeliling kita, namun perlu diambil berat juga bahawa terdapat masih ramai lagi yang tidak tahu menahu hal-hal ini dek kerana tidak pernah didedahkan sejak dari kecil atau dirumah masing-masing sudah ada maid atau pun bibik yang melakukan segala-galanya. Jadi panduan ini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak bagi mereka yang ingin belajar.

Selamat mencuba.

Ulasan

Catatan Popular