SEDIKIT PANDUAN MENYELAMATKAN ORANG YANG HAMPIR LEMAS

Panduan Menyelamatkan Mangsa Lemas

Untuk menyelamatkan mangsa lemas kita mestilah memastikan diri kita dalam keadaan selamat terlebih dahulu, banyak kes lemas berlaku apabila orang yang tak pandai berenang cuba menyelamatkan mangsa lemas. Yang jarang berenang boleh kejang kaki dalam air.

1) Perhatikan situasi sekeliling, bahaya dan kederasan air. 

2) Minta pertolongan orang berhampiran. Mungkin mereka adalah anggota pasukan penyelamat atau yang mahir dengan selok-belok tempat tersebut.

3) Campak benda yang boleh bantu mangsa berpaut untuk kita tarik mangsa ke tepi contohnya tali, kayu, batang penyapu, kain, baju.

4) Jika mangsa berada jauh dari tebing, campak benda yang boleh bantu mangsa berpaut untuk apungkan diri dari tenggelam walaupun dihanyutkan air contohnya life jacket, pelampung, tong air, dan botol.

5) Berenang untuk selamatkan mangsa.

Jika  kita mahir berenang dan boleh menyelamatkan orang lain boleh guna cara ini. Kalau tiada asas life saving skill seeloknya jangan ambil risiko.

Tidak boleh merapati mangsa lemas dari depan kerana orang yang hampir lemas ini akan panik dan akan sambar apa sahaja yang berada di depan dia untuk memastikn diri dia tidak tenggelam. Jadi, rapati mangsa dari belakang.

Kalau tiba-tiba dia terkam kita, lepaskan diri dari pelukan dan cengkaman mangsa dengan cara merentap tangan mangsa. Lepastu kita tarik dia dari belakang.

Saya sendiri pernah menyelamatkan adik saya yang hampir lemas di Tasik Pedu. Walaupun tak ada kemahiran menyelamat saya tetap mara untuk membantu. Saya hanya tolak mangsa dari bawah supaya tidak tenggelam mengarah ke tepi tebing. Walaupun saya banyak juga telan air, Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Ulasan

Catatan Popular