Biji Yang Boleh Dimakan

 

Biji Yang Boleh Dimakan

Alhamdulillah kita hidup di Malaysia, bumi bertuah yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan, buah dan makanan. Jarang sangat kita dengar orang Malaysia zaman sekarang (jaman now) mati sebab kebulur tak cukup makan, tapi yang banyaknya mati sebab terlebih makan.

Lainlah kalau zaman penjajahan Jepun yang pernah dilalui oleh datuk nenek kita, memang sangat susah, makanan dicatu, hasil tanaman dirampas Jepun dan lain-lain penderitaan. Walaupun susah, datuk nenek kita masih tetap boleh terus hidup. Sebab mereka kreatif dalam mengolah sumber yang ada untuk dijadikan makanan.

Baik.

Kali ini saya ingin kongsikan berkenaan biji buah yang boleh dimakan walaupun kita masih banyak ada banyak sumber makanan.  Mana tahu, boleh diamalkan masa hujung bulan sesak-sesak, takkan nak bantai megi hari-hari.

 

1- Biji Cempedak

Beli cempedak timbang sekali dengan biji, jadi sayanglah kalau bijinya dibuang tak disemai atau dimakan. Macam mana nak makan biji cempedak?

Caranya:

Langkah 1- Basuh biji cempedak hingga bersih.

Langkah 2- Biji cempedak direbus sehingga empuk (boleh masukkan sedikit garam).

Langkah 3- Ditoskan airnya dan siap dimakan samada dicicah atau makan saja.

 

2- Biji Nangka

 

Caranya:

Langkah 1- Basuh biji nangka hingga bersih.

Langkah 2- Biji nangka direbus sehingga empuk (boleh masukkan sedikit garam).

Langkah 3- Ditoskan airnya dan siap dimakan samada dicicah atau makan saja.

Nasihat: Tidak digalakkan makan banyak sangat sebab berangin

 

3- Biji Gajus/Janggus/Ketereh

Boleh dikatakan semua orang tahu biji gajus boleh dimakan. Biji gajus banyak digunakan sebagai salah satu penyedap masakan seperti masak nasi briyani, kuih dan kudapan untuk dimakan begitu sahaja.


Caranya:

Langkah 1- Basuh biji gajus hingga bersih dan toskan airnya.

Langkah 2-  Panaskan kuali dan masukkan marjerin.

Langkah 3- Masukkan biji gajus tadi dalam kuali dan goreng sampai garing.

 

 

4- Biji Durian

Kebanyakkan kita mengumpulkan biji durian untuk disemai sebagai benih anak pokok. Namun sekarang biji durian sudah diolah menjadi kerepek yang rangup dan sedap sebagai snek minum petang. Cara membuatnya sangat mudah seperti juga membuat kerepek pisang.

Cara Membuatnya:

Langkah 1- Cuci biji durian sehingga bersih dan toskan airnya. Boleh juga direbus terlebih dahulu. (jika untuk jualan secara komersial, isi dan biji diasingkan dengan memakai sarung tangan plastik, tapi kalau nak makan sendiri biji yang sudah dikulum pun tak apa)

Langkah 2- Kupas kulit yang meliputi biji durian.

Langkah 3- Sagat biji tadi nipis-nipis.

Langkah 4- Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

Langkah 5- Angkat dari minyak, bagi minyak menitik dan siappp.

 

5- Biji Rambutan

Biji rambutan pun boleh dimakan? Ya, boleh dimakan.

Caranya:

Langkah 1- Basuh biji rambutan hingga bersih dan buang isi yang tertinggal dan toskan airnya.

Langkah 2-  Panaskan kuali dan masukkan marjerin.

Langkah 3- Masukkan biji rambutan tadi dalam kuali dan goreng sampai garing.

Rasa macam kacang goreng.

Ulasan

Catatan Popular