Cara Menghalau Lalat

 

CARA MENGHALAU LALAT

Lalat adalah sejenis serangga yang sering menghurung sesuatu yang busuk dan kotor. Bahkan orang yang sering mencari keburukan dan kelemahan orang lain dipanggil sebagai orang yang bermata lalat. Lalat banyak di tempat pembuangan sampah, reban ayam dan pasar. Rumah yang hampir dengan kawasan ini pasti banyak lalat.

Kehadiran lalat sudah tentu merimaskan sesiapa sahaja, muka kita dihurungnya hingga tak boleh nak tidur sekejap, makanan yang tak ditutup pasti dihinggapnya siap pakej dengan telur lagi. Jadi apa penyelesaiannya?

Gunalah apa sahaja tips dan petua yang ada sebagaimana yang akan saya kongsikan dalam nota kali ini.

CARA 1: Pasang lilin

Nyalakan lilin ditempat yang kita tidak mahu lalat hurung seperti makanan yang tidak bertutup.

 Lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.

 

CARA 2: Gantung bungkusan air sirap

 

CARA 3: Gunakan pelekat lalat

menggunakan kertas yang telah disapu gam dan ada sisa ikan masin


CARA 4: Sembur dengan racun serangga

 

CARA 5: Pasang lampu yang ada arus elektrik


 
CARA 6: Gunakan raket lalat berjaring elektrik


 
CARA 7: Pukul dengan penibai lalat plastic atau upih pinang
 

CARA 8: Tampar lalat dengan tangan

Teknik ini memerlukan kepada latihan berulang kali. Tipsnya jika nak tampar lalat dengan tangan, tampar bahagian belakang lalat itu. Ini kerana lalat apabila nak lari dia akan lompat/terbang ke belakang. Cumanya dengan cara ini tangan anda akan kotor sebab segala isi perut lalat akan terburai.   

CARA 9: Lepaskan beberapa ekor katak

Cara ini walaupun mengelikan tetapi ianya tetap sesuai memandangkan katak memang suka makan serangga seperti nyamuk dan lalat. (Gurau jerr)

 

Jadi setakat ini sahaja perkongsian nota saya. Jika ada cara lain lagi, saya akan kemaskini dari masa ke semasa. Selamat beramal.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular