Panduan Menternak Angsa

Saya ada menternak 4 ekor angsa di kawasan rumah yang berhampiran sawahh padi orang kampung, angsa akan dikurung dalam kandang pukat ketika musim menanam padi dan dilepas bebas selepas musim menuai padi.
.
Saya menulis di Nota Fay ini sebagai panduan saya sendiri dan sumber rujukan para pembaca diluar sana agar ilmu ini terus diwarisi.

Cara Ternak Angsa

Telur angsa dieramkan oleh ibu angsa atau dengan menggunakan inkubator selama 35 hari. Telur yang mempunyai benih mesti dieramkan secepat mungkin bagi mengelakkan telur rosak.
Jika ibu angsa yang sedang mengeram mesti diasingkan daripada jantan supaya tidak mengganggu tempoh eraman.

1 Hari
Bulu anak angsa yang baru menetas perlu dikeringkan dahulu. Biarkan anak angsa dalam inkubator sebentar sebelum masukkan dalam sangar.

Sediakan makanan seperti dedak hitam/starter dan air minuman dalam sangkar. Air tidak boleh terlalu banyak supaya anak angsa tidak mandi dan sejuk.

Pasang lampu oren dalam sangkar anak angsa supaya anak angsa tidak kesejukan dan terhindar daripada serangan tikus dan pemangsa lain.

10 Hari
Ajar anak angsa makan daun seperti daun ketum ayam dan daun ubi kayu.

2 Bulan
Badan anak angsa sudah dipenuhi bulu yang tumbuh.
Padamkan lampu.
Lepas anak angsa untuk makan rumput dan bergerak bebas/exercise.


6 Bulan
Mula belajar bertelur.

8 Bulan
Kebiasaannya sudah boleh bertelur.

Cara Galakkan Angsa Bertelur
Sediakan kolam air untuk angsa mandi. Angsa akan jadi galak untuk mengawan.

Tulang Angsa Sebagai Ubat
Tulang angsa boleh dijadikan ubat penawar untuk sesetengah penyakit

Harga Angsa
Anak Angsa Kelabu: RM55/Seekor
Anak Angsa Putih: RM75/Seekor

Angsa Dewasa Kelabu:
Angsa Dewasa Putih:

Sepasang Angsa Kelabu: RM350
Sepasang Angsa Putih: RM400

Ulasan

Catatan Popular