POKOK SERBAGUNA (MULTI-PURPOSE)
Pokok Serbaguna (Multi-purpose)
Bismillah.
Masa sekolah rendah cikgu bahasa Melayu cerita ada satu pokok yang banyak kegunaan atau pokok serbaguna untuk manusia terutamanya kepada nenek moyang kita di Nusantara ini.
Ingatkah lagi pokok apa?
Pokok nyiur, kelapa atau nyok.
Ini kerana pokok kelapa ini seluruhnya mempunyai faedah dan kegunaannya yang tersendiri dan boleh diambil manfaat oleh manusia.
1) Daun- balut ketupat nasi dan obor.
Lidi- dijadikan penyapu lidi.
Buah yang ditebuk tupai- dijadikan sarang burung Ciak Rumah
Sabut- cocopeat medium tanaman dan
Tempurung - produk cenderahati
Batang- kubu tentera, kerusi, titi
Pokok Serbaguna Di Tanah Arab
Apabila di sebut Tanah Arab apa yang terlintas di fikiran.
Tentulah padang pasir, unta dan kurma. Betul tak?
Di negara Timur Tengah mereka juga mempunyai pokok serbaguna mereka sendiri iaitu pokok kurma atau tamar.
Bangsa Arab sejak dahulu lagi sememangnya amat sinonim dan tidak dapat dipisahkan dengan pohon kurma. Dari pohon itulah makanan mereka dan dari pohon itu jugalah mereka berteduh.
Pokok kurma adalah sejenis pokok yang mempunyai banyak persamaan dengan pokok kelapa.
Kegunaan pokok kurma:
1) Pelepah - bumbung
Bumbung Masjid Nabawi pada zaman Rasulullah berbumbungkan pelepah kurma.
2) Kayu pelepah - dijadikan raga mengisi buah dan sayuran. Tempat letak roti eish.
3) Daun pelepah - dijadikan jamung atau obor pada waktu malam.
Masjid Nabawi pada zaman Rasulullah diterangi pada waktu malam menggunakan daun pelepah kurma sebelum menggunakan lampu minyak.
3) Batang kurma - dijadikan tiang
Tiang Masjid Nabawi pada zaman Rasulullah menggunakan batang kurma.
Ulasan
Catat Ulasan