12 Cara Mudah Hilangkan Gula-Gula Getah Yang Melekat Pada Pakaian Atau Fabrik



12 Cara Mudah Hilangkan Gula-Gula Getah Yang Melekat Pada Pakaian Atau Fabrik

Sudah tentu anda yang merasakan sedih apabila pakaian anda yang baru dibeli atau baju berjenama lagi rare anda terkena gula-gula getah atau chewing gum dan lebih mesra dengan panggilan “singam” di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Jangan risau atau panik dalam dunia internet ni ada banyak solusinya yang dikongsikan oleh laman-laman blog dan anda boleh try satu persatu.

1- Teknik Pembekuan
- Ambil pakain yang terkena chewing gum dan masukkan ke dalam bag plastik dan pastikan chewing gum tidak melekat pada beg plastik. Cara ini boleh digunakan pada semua jenis fabrik.
- Tutup bag yang diisi pakaian tadi dengan kemas.
- Masukkan pakaian tadi ke dalam peti sejuk.
- Tinggalkan bag yang dimasukkan pakaian tadi dalam jangka masa 2 jam paling kurang atau agak sudah beku.
- Bawa keluar bag tadi dari peti sejuk
- Keluarkan pakain yang dimasukkan tadi keluar dan letakkan di kawasan terbuka.
- Tarik chewing gum yang telah beku dengan semampu yang boleh sebelum ianya kembali melekat seperti biasa.
- Jika anda tidak dapat membuang chewing gum dengan kuku, dapatkan pisau tumpul atau apa-apa objek untuk membuang chewing gum tanpa merosakkan fabrik kain. Dan pastikan anda berhati-hati ketika menggunakan alat yang membahayakan.
- Paling cepat ambil ketul air batu dan gosok keatas chewing gum hingga ianya beku dan kikis hingga keluar.

2- Pendidihan
-Celup bahagian yang terkena chewing gum ke dalam air yang panas.
- Ketika mencelup, kikis chewing gum dengan menggunakan berus gigi, pisau atau apa sahaja yang anda fikirkan sesuai.
-Gosok fabrik atau pakaian yang masih direndam dalam air panas.
- Biarkan pakaian kering dan ulang cara yang sama hingga kesemua chewing gum hilang.
- Atau juga boleh juga letakkan bahagian pakain yang terkena chewing gum pada mulut cerek yang sedang dididihkan dan tunggu beberapa minit sehingga chewing gum tadi lembut dan kikis dengan berus gigi untuk keluarkan chewing gum.

3- Alkohol pengosok
-Gunakan alkohol untuk fabrik yang lembut. Alkohol penggosok tidak akan mengotorkan dan menghilangkan warna fabrik.
-Ambil kain buruk atau span dan tuangkan sedikit alkohol penggosok.
-Gosok chewing gum dengan span yang dituangkan dengan alkohol pencuci.
-Dengan spatula atau span kayu, kikis chewing gum tadi perlahan-lahan. Anda dapat keluarkannya lebih mudah dari biasa.

4- Label Remover (Penghapus label)
-Gunakan spray label remover, seperti spray Servisol Label Remover 130 yang boleh didapati di pasar raya, untuk spray kawasan tersebut.
-Biarkan selama seminit. Spray penghilang label atau perekat mengambil masa supaya berkesan.
-Gunakan berus dawai yang lembut, dan berus chewing gum hingga keluar.  Chewing gum akan keluar tanpa perlukan tenaga yang banyak.
-Tambahkan sedikit sabun pada tempat tadi dan bilas bekas yang disembur label remover. Label remover akan hilang dengan mudah pada pakaina atau fabrik, tetapi jika anda tidak pasti ia boleh hilang, boleh cuba terlebih dahulu pada pakaian yang tak digunakan.

5- Gosok dengan seterika
-Letakkan pakaian atau fabrik diatas lapisan cardboard atau kotak jadinya chewing gum berada diantara fabrik dan lapisan cardboard.
-Gosok belakang kawasan yang terkena chewing gum dengan panas yang sederhana. chewing gum akan berpindah ke cardboard dari pakaian atau fabrik.
-Ulang langkah yang sama sehingga kesemua chewing gum berada pada cardboard atau kotak.
-Basuh pakaian atau fabrik. Anda akan dapati chewing gum telah hilang sepenuhnya.
6- Mentega Kacang (Peanut Butter)
-Sapukan seluruh chewing gum yang melekat pada pakaian atau fabrik dengan mentega kacang.
- Biarkan beberapa minit.
-Kikis chewing gum dengan pisau tumpul perlahan-lahan.

7- Cuka
-Panaskan cuka dalam microwave atau dapur masakan.
-Ambil berus gigi dan celupkan sedikit kedalam cuka yang dipanaskan tadi. Lakukan secepat mungkin kerana cuka yang masih panas lebih memudahkan kerja.
-Gosok tempat yang terkena chewing gum dengan berus gigi yang dicelup cuka tadi hingga kesemua chewing gum keluar. Anda boleh panaskan semula cuka jika mahu.
-Basuh pakaian atau fabrik untuk menghilangkan bau cuka.

8- Cecair bahan pencuci pakaian
-Sapukan cecair bahan pencuci pada tempat terkena chewing gum.
-Biarkan beberapa minit.
- Kikis chewing gum hingga keluar dengan pisau tumpul atau apa-apa sahaja yang anda fikirkan sesuai dan tidak merosakkan pakaian.

9- Mayonis
-Sapukan seluruh chewing gum yang melekat pada pakaian atau fabrik dengan mayonis.
- Biarkan beberapa minit.
-Kikis chewing gum dengan pisau tumpul perlahan-lahan.

10- Spray rambut
-Gunakan spray rambut kemudian semburkan tepat pada chewing gum yang melekat pada pakaian atau fabrik. Anda akan dapati chewing gum mengeras
-Tarik atau kikis chewing gum yang mengeras tadi.
-Basuh pakaian seperti biasa.

11- Petrol atau minyak gas (kerosene)
-Tuangkan sedikit petrol pada tempat yang terkena chewing gum. Hati-hati ketika menggunakan bahan-bahan ini dan jauhkan daripada sumber api dan lakukan di tempat udara terbuka.
-Kikis chewing gum hingga keluar dengan pisau tumpul atau apa-apa sahaja yang anda fikirkan sesuai dan tidak merosakkan pakaian.

12- Perahan jus lemon.
-Tuangkan sedikit perahan jus lemon keatas chewing gum yang melekat pada pakaian atau fabrik.
-Gosok satu arah hingga chewing gum keluar sepenuhnya dengan menggunakan span atau kain buruk.

-Basuh pakaian seperti biasa.

Ulasan

Catatan Popular