SERVIS POTONG RUMPUT DAN MENEBAS

 SERVIS MENEBAS

Antara cara untuk kita menambah pendapatan adalah dengan menawarkan servis potong rumput dan menebas. Lebih kurang kerja mencuci luaran kawasan.

.

Orang di luar sana mempunyai halaman rumah, halaman kedai dan kebun serta dusun yang sentiasa ditumbuhi rumput, lalang dan pokok-pokok. Rumput dan pokok-pokok akan sentiasa tumbuh setiap hari. Pada musim hujan kadar pertumbuhan rumput lebih cepat berbanding musim panas.

.

Adakalanya mereka di luar sana tidak mempunyai masa untuk melakukan kerja-kerja memotong rumput dan menebas ini. Waktu cuti mereka banyak digunakan untuk melayan isteri dan anak-anak serta keluar bercuti. Mereka ada duit tetapi tiada masa untuk menebas. Sibuk bekerja, pergi pagi balik malam.

.

Jadi inilah peluang kita untuk menyelesaikan masalah mereka dan kita dapat duit. 

.

KEPAKARAN YANG DIPERLUKAN

1) Cara menggunakan mesin rumput.

-cara campur minyak petrol dan 2T

-cara mengasah mata pisau mesin rumput.

-cara mengikat tali mesin rumput


2) Cara menggunakan parang.

-teknik menetak

-teknik memotong


3) Cara menggunakan gergaji elektrik dan gergaji enjin.

- teknik memotong.


SOP & ADAB

1) Tutup kawasan keliling dengan jaring supaya batu atau serpihan tidak terpelanting mengenai cermin atau kereta pelanggan dan orang sekeliling

2) Sapu dan kemas sisa rumput dan pokok masukkan kedalam guni/plastik.

3) Buang sisa rumput dan pokok di tempat yang sesuai dan tidak menyakiti orang ramai.

4) Kemas peralatan dan pastikan lengkap dan selamat.

Ulasan

Catatan Popular