AYAM MATI LEMAS

AYAM MATI LEMAS
Ayam yang dilepas bebas akan berisiko mati disebabkan lemas dalam air. Sepanjang pengalaman saya menternak ayam kampung dan pekan secara lepas bebas (free range) ini, sudah beberapa kali ayam terutamanya anak ayam mati lemas setelah jatuh dalam bekas takungan air seperti gelung kok simen dan bekas lain. Kejadian ini berlaku ketika mana ayam ini cuba untuk minum air dalam bekas air tersebut lalu terjatuh.

Bagi mengelakkan perkara ini berulang lagi, penternak disarankan memasukkan batang kayu, dahan kayu atau apa-apa sahaja yang difikirkan sesuai kedalam bekas air untuk dijadikan tangga atau tempat untuk ayam melompat keluar dari bekas tersebut bagi mengelakkan kejadian lemas.

Ulasan

Catatan Popular