SARANG JERUMUN BABI

SARANG JERUMUN BABI

Sarang jerumun babi adalah tempat yang dibuat oleh babi hutan untuk dijadikan sarang beranak dan tempat bersembunyi ketika luka/tercedera bagi mengelakkan lukanya dihurung lalat.
Babi membuat sarangnya ini daripada rumput, daun dan kayu. Kita perlu berhati-hati jika rumput dan daun sarang babi masih baru/hijau kerana berkemungkinan ada babi dalam sarangnya itu dan berpotensi menyerang sesiapa yang menghampirinya. Jika rumput dan daunnya sudah lama dan bertukar perang kita perlu juga berhati-hati kerana terdapat banyak kutu babi di situ dan berkemungkinan ada ular berbisa yang menumpang. Seeloknya dibakar sahajaa sarang yang ditinggalkan.

Ulasan

Catatan Popular