CARA NAK JAGA BUAH DURIAN DARI BURUK ATAS POKOK

CARA NAK JAGA BUAH DURIAN DARI BURUK ATAS POKOK

Apabila datangnya musim durian para pemilik dusun akan mula memikirkan cara untuk meningkatkan hasil durian pada tahun itu. Pondok dan dangau usang mula diperbaiki, perangkap tupai dan kera dipasang. Memandangkan musuh durian amat banyak, sejak mula berbunga lagi dusun durian perlu dijaga dari haiwan perosak.

Kita berupaya untuk menghalau kera, beruk dan tupai tetapi kita mungkin tidak berupaya mencegah serangan serangga perosak dan ulat buah yang akan merosakkan buah durian dari dalam. Buah durian yang berada atas pokok durian tua yang tinggi melayut tak dapat disembur racun untuk mencegah serangan serangga buah.

Hasil pemerhatian sepanjang musim durian pada tahun ini, buah durian di dusun ayah saya kurang yang buruk dan rosak dengan mengamalkan teknik perasapan. Unggun api dibuat bagi menghasilkan asap terutamanya diwaktu pagi dan petang iaitu waktu serangga aktif. Ayah saya melakukan teknik perasap ini sepanjang siang dan malam untuk menghalau nyamuk, agas dan serangga perosak buah.

Ulasan

Catatan Popular